Showing posts with label Desaru. Show all posts
Showing posts with label Desaru. Show all posts

Pantai Desaru / Desaru Beach

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Desaru Beach is such a great place for your vacation. It is one of the best and most beautiful beaches in Johor, Malaysia. This white sandy beach is clean, lined with casuarina trees and stretches 25 kilometers long.
It is about 5 minutes drive from Beringin Homestay Desaru.




 


 

Desaru Ostrich Farm Teluk Ramunia

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Desaru Ostrich Farm ini terletak di Teluk Ramunia, Kota Tinggi. Tempoh perjalanan kira-kira 30 minit diperlukan untuk sampi ke sini dari Beringin Homestay Desaru.



Di sini, pengunjung akan dapat melihat sendiri kehidupan burung yang paling berat dan besar di dunia. Walaubagaimanapun, burung unta (ostrich) ini tidak boleh terbang.





Burung-burung unta ini ditempatkan dalam kandang yang berasingan mengikut umur mereka.




Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menunggang burung unta ini di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menguji kekuatan telur burung unta dengan berdiri di atasnya.





 

Bagi mereka yang ingin merasa keenakkan daging burung unta, jangan lepaskan peluang ini untuk merasa sate ostrich yang sangat istimewa di sini. Telur burung unta juga tidak kurang enakknya.


Pelbagai bentuk cenderahati seperti bulu pelepah dan telur burung unta yang telah dihias cantik boleh pengunjung beli untuk dijadikan kenang-kenangan.

Crocodile World, Teluk Sengat

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Crocodile World terletak di Teluk Sengat, Kota Tinggi. Jaraknya dengan Beringin Homestay Desaru hanyalah 30 minit masa perjalanan. Taman buaya ini menempatkan lebih 1000 ekor buaya. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 6.30 petang.




Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 8 manakala kanak-kanak hanya RM 4. Pengunjung juga boleh membeli ayam segar yang disediakan disini untuk merasai pengalaman memberi makan kepada buaya-buaya ini.



Buaya-buaya ini ditempatkan berasingan mengikut keperluan. Terdapat bahagian untuk buaya yang baru berumur 4 tahun (kecil), yang lebih besar, diasingkan mengikut jantan dan betina dan macam-macam lagi. Terdapat juga buaya yang telah mencapai umur lebih 100 tahun di sini. Saiznya pula sangat besar. Rasanya saiznya lebih kurang macam 2 atau 3 orang dewasa yang berbadan sederhana. Meremang bulu roma hanya melihat buaya-buaya ini. Anda tidak akan mendapat pengalaman menarik seperti ini di tempat lain.



Terdapat satu bahagian di taman buaya ini yang disediakan untuk pembiakan buaya. Menurut pakcik yang bekerja disini, buaya memerlukan air yang dalam untuk mengawan. Oleh itu kolam yang sangat dalam disediakan di bahagian ini. Di dalamnya terdapat 6 ekor buaya jantan dan 30 ekor buaya betina. seekor buaya jantan akan mengawal 5 ekor buaya betina. Dari sifat buaya inilah wujudnya istilah BUAYA DARAT. Buaya jantan mempunyai saiz dan kepala yang lebih besar berbanding buaya betina.


Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Memang betul peribahasa ni. Nampak je tenang airnya. Tetapi dalam kolam yang ini sahaja, terdapat lebih daripada 60 ekor buaya. Perasan tak ada kepala buaya tengah menjengah kat permukaan air? Ada juga yang sedang berehat-rehat di bawah pokok.


Terdapat juga buaya yang agak istimewa di sini. Buaya yang bermulut senget dan buaya yang tiada ekor. Buaya yang bersaiz besar memang sangat banyak.


Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama anak buaya sebagai kenang-kenangan. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 2 sahaja. Ingatkan kulitnya kasar. Rupa-rupanya lembut kulit anak buaya ni.


Berkunjunglah ke sini. Tak rugi anda. Pengalaman luar biasa ini pasti sangat mengagumkan. Anda juga boleh menikmati keenakan masakan belangkas yang terkenal sekiranya berkunjung ke Teluk Sengat.

Masakan Belangkas, Teluk Sengat

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Pernahkan anda merasai makanan eksotikseperti belangkas? Anda boleh merasai keenakan masakan ini di Kedai Masakan Kampung Ibrahim. Ia terletak di simpang masuk ke Teluk Sengat. Masa perjalanan dari Beringin Homestay Desaru hanyalah kira-kira 20 minit sahaja.


Selain daripada belangkas, pengunjung juga boleh menjamu selera dengan masakan kampung lain yang dihidangkan.


Selain belangkas, menu asam pedas juga merupakan kegemaran ramai. Asam Pedas Menyengat kata empunya kedai ini. Kepah, udang, ikan keli, ikan bakar dan ketam juga disediakan. Pernahkan anda mencuba siput gonggong? Rasanya sedikit kenyal. Sangat sedap walaupun hanya direbus seperti gambar di bawah ini.


Lauk kampung tak akan lengkap tanpa ulam-ulaman dan sambal belacan kan. Pelbagai jenis ulaman disediakan. Anda pilih la yang manamenepati selera anda.


Jika anda ingin menjamu makanan disini, kedai ini mula beroperasi dari pagi lagi untuk sarapan pagi. Tetapi lauk pauk menarik ini disediakan untuk makan tengahari.


Adalah dinasihatkan kepada anda untuk menempah dulu kalau nak makan belangkas kerana permintaan tinggi dan stok terhad. Hubungi tuan punya kedai makan:
  • Ibrahim (019-7894404)
  • Linda (017-7858784/019-7879748/012-7989784)

Lotus Desaru Water Theme Park

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Lokasi water theme park ini terletak di Lotus Desaru. Perjalanan hanya 5 minit je dari Beringin Homestay Desaru jika berkereta.

Tempat ini sangat menarik dan amat menghiburkan bukan sahaja untuk anak-anak, malah orang dewasa juga.

Ia dibuka dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Lotus Desaru Water Theme Park ni dibuka kepada umum dan bukan terhad kepada pelanggan Lotus Desaru sahaja.

Ini peta kawasan dalam water theme park ni. Menarik kan?



Antara tarikannya ialah taman permainan dalam air, gaint coconut, lazy river, waterfall, stone bridge dan banyak lagi. Penat bermain, boleh la berehat di pondok dan kerusi yang tersedia di sana.



Keseronokan yang akan anda alami di sini pasti menjadi kenangan yang sangat manis.

Peta Beringin Homestay Desaru