Beringin Homestay Desaru Bandar Penawar Kota Tinggi

Selamat Datang ke Beringin Homestay, Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi



Beringin Homestay merupakan sebuah rumah persinggahan selesa dan bersih yang terletak di Taman Desaru Utama berhampiran dengan kawasan pelancongan Desaru dan Tanjung Balau, serta pusat-pusat  pengajian.

Antara kawasan yang menjadi tarikan perlancongan ialah Lotus Desaru Water Theme Park, Bujang Firefly, Desaru Ostrich Farm Teluk Ramunia, Desaru Fruit Farm, Muzium Nelayan Tanjung Balau dan Taman Buaya Teluk Sengat. Deretan pantai Tanjung Balau, Desaru dan Batu Layar yang cantik juga mampu memikat hati pelancong untuk berkunjung ke sini.

Kami menawarkan tempat penginapan untuk percutian, melancong, rombongan pengantin, majlis-majlis, perjumpaan keluarga, kursus & latihan, melawat anak di pusat pengajian dan lain-lain. (Lihat Kalender)

Rumah teres dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur (semua aircond & kipas) dan 3 bilik air. (Gambar di sini)





Akan Dibuka!! BAYU HOMESTAY NUSAJAYA

Kami akan membuka sebuah lagi homestay yang terletak di Nusajaya, Wilayah Pembangunan Iskandar tidak lama lagi...

Nantikan kami......

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut.





Antara kawasan yang menjadi tarikan perlancongan di Nusajaya ialah Legoland Malaysia, Hello Kitty Land, Puteri Harbour Marina, Kota Iskandar, Edu City, Taman Botani Nusajaya, Johor Premium Outlet (JPO)dan Danga Bay. Keseronokkan dan pengalaman menarik yang bakal anda tempuhi ini mampu memikat hati pelancong untuk berkunjung ke sini.

Pantai Tanjung Balau

Tanjung Balau merupakan pantai yang popular dan cantik terletak di perkampungan nelayan Tanjung Balau.


 Pantainya yang luas dan bersih serta pasirnya yang halus ini sesuai untuk anda bersama-sama keluarga dan teman-teman untuk berehat dan berkelah. Terdapat juga beberapa gazibo yang boleh anda gunakan untuk berehat. 




 









Keselamatan para pengunjung di pantai ini sentiasa dijaga dan diperhati oleh pegawai penyelamat dari menara pemerhati mereka. Pantai disini juga landai dan ini membuatkan pengunjung lebih asyik untuk bermandi-manda. Tandas dan bilik mandi juga disediakan di sini. 



 Salah satu tarikan yang unik, pengunjung boleh melawat Muzium Nelayan Tanjung Balau. Ia mempamerkan barangan dan pameran yang menggambarkan kerja-kerja seorang nelayan dan kehidupan mereka. Di luar muzium ini, terdapat sampan nelayan tradisional yang besar lengkap berukir dengan penuh kesenian.



  
Tanjung Balau turut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk kedai dan gerai makanan, taman permainan kanak-kanak dan kedai cenderamata.



Pengalaman disini pasti sangat mengujakan kepada anda, keluarga dan teman-teman. Jaraknya hanyalah lebih kurang 10 minit perjalanan menaiki kereta dari Beringin Homestay Desaru.

Pantai Batu Layar

Pernahkah anda mengunjungi pantai yang sangat cantik ini?



Pantai Batu Layar terletak agak jauh dari Pantai Desaru dan Pantai Tanjung Balau.

Masa perjalanan selama 25minit (berkereta) dari Bandar Penawar amatlah berbaloi apabila sampai disini.





Pantai yang yang luas dan cantik ini merupakan tempat yang amat statergik untuk anda dan keluarga serta teman-teman berehat dan berkelah. Keadaan pantai yang landai menambahkan lagi keseronokan bermandi-manda.






Pohon-pohon di tepi pantai ini memberi teduhan kepada anda untuk berehat dan berkhemah. Buai yang dibuat bergantungan di dahan pohon menjadi tempat untuk anak-anak bermain. Terdapat juga gazibo-gazibo yang disediakan untuk kegunaan pengunjung. 



Pantai Batu Layar adalah antara destinasi menarik yang anda boleh senaraikan sebagai tempat untuk bercuti di hujung minggu atau mengadakan hari keluarga.







Pantai Desaru / Desaru Beach

Desaru Beach is such a great place for your vacation. It is one of the best and most beautiful beaches in Johor, Malaysia. This white sandy beach is clean, lined with casuarina trees and stretches 25 kilometers long.
It is about 5 minutes drive from Beringin Homestay Desaru.




 


 

Desaru Ostrich Farm Teluk Ramunia

Desaru Ostrich Farm ini terletak di Teluk Ramunia, Kota Tinggi. Tempoh perjalanan kira-kira 30 minit diperlukan untuk sampi ke sini dari Beringin Homestay Desaru.



Di sini, pengunjung akan dapat melihat sendiri kehidupan burung yang paling berat dan besar di dunia. Walaubagaimanapun, burung unta (ostrich) ini tidak boleh terbang.





Burung-burung unta ini ditempatkan dalam kandang yang berasingan mengikut umur mereka.




Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman menunggang burung unta ini di sini. Selain itu, pengunjung juga boleh menguji kekuatan telur burung unta dengan berdiri di atasnya.





 

Bagi mereka yang ingin merasa keenakkan daging burung unta, jangan lepaskan peluang ini untuk merasa sate ostrich yang sangat istimewa di sini. Telur burung unta juga tidak kurang enakknya.


Pelbagai bentuk cenderahati seperti bulu pelepah dan telur burung unta yang telah dihias cantik boleh pengunjung beli untuk dijadikan kenang-kenangan.

Kolam Pelangi Balau Resort

Kadang-kadang keadaan laut tak berapa sesuai untuk mandi. Ombak besar bahaya kan. Jadi ada pilihan yang lain. Kolam di Pelangi Balau Resort. Lebih kurang 10 minit masa perjalanan dari Beringin Homestay Desaru.



Dibuka juga kepada orang luar (bukan penginap di sana) dengan bayaran RM 10 untuk dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Yang nak mandi je bayar.


Kalau yang cuma nak duduk-duduk melihat, disediakan gazebo untuk berehat.



Terletak di Pelangi Balau Resort, Tanjung Balau. Berhampiran dengan jeti Tanjung Balau. Jadi, kalau lepas ni datang ke Pantai Tanjung Balau tapi keadaan pantai tak berapa selamat untuk bermandi manda, boleh lah ke sini ye..