Crocodile World, Teluk Sengat

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Crocodile World terletak di Teluk Sengat, Kota Tinggi. Jaraknya dengan Beringin Homestay Desaru hanyalah 30 minit masa perjalanan. Taman buaya ini menempatkan lebih 1000 ekor buaya. Ia dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi sehingga pukul 6.30 petang.




Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 8 manakala kanak-kanak hanya RM 4. Pengunjung juga boleh membeli ayam segar yang disediakan disini untuk merasai pengalaman memberi makan kepada buaya-buaya ini.



Buaya-buaya ini ditempatkan berasingan mengikut keperluan. Terdapat bahagian untuk buaya yang baru berumur 4 tahun (kecil), yang lebih besar, diasingkan mengikut jantan dan betina dan macam-macam lagi. Terdapat juga buaya yang telah mencapai umur lebih 100 tahun di sini. Saiznya pula sangat besar. Rasanya saiznya lebih kurang macam 2 atau 3 orang dewasa yang berbadan sederhana. Meremang bulu roma hanya melihat buaya-buaya ini. Anda tidak akan mendapat pengalaman menarik seperti ini di tempat lain.



Terdapat satu bahagian di taman buaya ini yang disediakan untuk pembiakan buaya. Menurut pakcik yang bekerja disini, buaya memerlukan air yang dalam untuk mengawan. Oleh itu kolam yang sangat dalam disediakan di bahagian ini. Di dalamnya terdapat 6 ekor buaya jantan dan 30 ekor buaya betina. seekor buaya jantan akan mengawal 5 ekor buaya betina. Dari sifat buaya inilah wujudnya istilah BUAYA DARAT. Buaya jantan mempunyai saiz dan kepala yang lebih besar berbanding buaya betina.


Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Memang betul peribahasa ni. Nampak je tenang airnya. Tetapi dalam kolam yang ini sahaja, terdapat lebih daripada 60 ekor buaya. Perasan tak ada kepala buaya tengah menjengah kat permukaan air? Ada juga yang sedang berehat-rehat di bawah pokok.


Terdapat juga buaya yang agak istimewa di sini. Buaya yang bermulut senget dan buaya yang tiada ekor. Buaya yang bersaiz besar memang sangat banyak.


Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama anak buaya sebagai kenang-kenangan. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 2 sahaja. Ingatkan kulitnya kasar. Rupa-rupanya lembut kulit anak buaya ni.


Berkunjunglah ke sini. Tak rugi anda. Pengalaman luar biasa ini pasti sangat mengagumkan. Anda juga boleh menikmati keenakan masakan belangkas yang terkenal sekiranya berkunjung ke Teluk Sengat.

No comments:

Post a Comment

Peta Beringin Homestay Desaru