Masakan Belangkas, Teluk Sengat

Hubungi 0197791040 (Mohamad Shah) untuk tempahan Beringin Homestay Desaru

Pernahkan anda merasai makanan eksotikseperti belangkas? Anda boleh merasai keenakan masakan ini di Kedai Masakan Kampung Ibrahim. Ia terletak di simpang masuk ke Teluk Sengat. Masa perjalanan dari Beringin Homestay Desaru hanyalah kira-kira 20 minit sahaja.


Selain daripada belangkas, pengunjung juga boleh menjamu selera dengan masakan kampung lain yang dihidangkan.


Selain belangkas, menu asam pedas juga merupakan kegemaran ramai. Asam Pedas Menyengat kata empunya kedai ini. Kepah, udang, ikan keli, ikan bakar dan ketam juga disediakan. Pernahkan anda mencuba siput gonggong? Rasanya sedikit kenyal. Sangat sedap walaupun hanya direbus seperti gambar di bawah ini.


Lauk kampung tak akan lengkap tanpa ulam-ulaman dan sambal belacan kan. Pelbagai jenis ulaman disediakan. Anda pilih la yang manamenepati selera anda.


Jika anda ingin menjamu makanan disini, kedai ini mula beroperasi dari pagi lagi untuk sarapan pagi. Tetapi lauk pauk menarik ini disediakan untuk makan tengahari.


Adalah dinasihatkan kepada anda untuk menempah dulu kalau nak makan belangkas kerana permintaan tinggi dan stok terhad. Hubungi tuan punya kedai makan:
  • Ibrahim (019-7894404)
  • Linda (017-7858784/019-7879748/012-7989784)

No comments:

Post a Comment

Peta Beringin Homestay Desaru